Penganjur tidak patuh syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 - KP Perak

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Azizi
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Azizi
A
A
A

IPOH - Polis tidak membenarkan perhimpunan di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Bandar Meru Raya pada Sabtu kerana penganjur tidak mematuhi syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya mendapati pemakluman oleh pihak penganjur juga tidak lengkap.

"Penganjur tidak mematuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, polis mengesan satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun itu.

Pihak polis memang ada menerima pemakluman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada penganjur tersebut.

Penganjur himpunan juga didapati tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!