1,500 guru terpilih sertai Apple Learning Coach

Seramai 1,500 guru terpilih di seluruh negara akan menerima akan mengikuti Apple Learning Coach bermula tahun ini. Gambar hiasan.
Seramai 1,500 guru terpilih di seluruh negara akan menerima akan mengikuti Apple Learning Coach bermula tahun ini. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 1,500 guru terpilih di seluruh negara akan menerima akan mengikuti Apple Learning Coach bermula tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan, Apple Learning Coach merupakan program pensijilan profesional percuma yang melatih jurulatih instruksional dan para pendidik untuk membimbing guru memanfaatkan sepenuhnya teknologi Apple dalam pengajaran serta pembelajaran.

Inisiatif itu selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) khususnya bagi Teras 2, yang memberikan keutamaan kepada pemerkasaan kompetensi digital pendidik melalui program pembangunan profesional yang berterusan.

"Peserta Apple Learning Coach akan mengikuti kurikulum dalam talian yang dibimbing oleh Apple Professional Learning Specialists merangkumi modul akses kendiri dan bengkel maya secara langsung selama dua hari," katanya pada Sabtu.

Ujar KPM, pembangunan profesional ini turut menyumbang kepada mata kredit pembelajaran profesional guru.

"Program ini sejajar dengan Teras 6 DPD - bekerjasama dengan syarikat seperti Apple untuk mempercepat pencapaian visi DPD untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing, menerusi peningkatan kemahiran 100,000 guru menjelang 2027," ujar KPM.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!