Dah salah, lari pula!

Maklumat yang dikongsi di Instagram pdrmsia_trafik berkaitan tindakan seorang lelaki memandu di lorong kecemasan dan enggan berhenti selepas diarahkan polis.
Maklumat yang dikongsi di Instagram pdrmsia_trafik berkaitan tindakan seorang lelaki memandu di lorong kecemasan dan enggan berhenti selepas diarahkan polis.
A
A
A

TAPAH - Tindakan seorang lelaki memandu di lorong kecemasan dan enggan berhenti selepas diarahkan polis mengundang padah apabila ditahan dalam satu sekatan di Kilometer 345 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sungkai semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4.10 petang, lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis BMW itu dikesan menggunakan lorong kecemasan oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan Ops Selamat.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, apabila diarahkan berhenti di bahu jalan, pemandu itu bertindak memecut laju keretanya dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota yang mengejar kenderaan itu berjaya menahan suspek dan mengarahkannya menunjukkan pengenalan diri dan lesen, tetapi enggan memberi kerjasama dengan hanya menunjukkan lesen dari dalam kereta dengan cermin tingkap ditutup.

"Ketika kejadian, terdapat seorang wanita berada di sebelah pemandu sedang merakam video menggunakan telefon bimbit, selang beberapa minit selepas itu, lelaki itu terus memecut laju kenderaannya," katanya.

Beliau berkata, cubaan lelaki itu melarikan diri berjaya disekat anggota polis yang kemudiannya menangkapnya.

Katanya, semakan lanjut mendapati, lelaki beralamat dari Petaling Jaya itu tidak memiliki sebarang rekod lampau.

"Polis akan mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!