Warga emas maut rempuh dua kereta di bahu jalan

Keadaan kereta Perodua Viva remuk selepas terlibat kemalangan. Foto Ihsan PDRM
Keadaan kereta Perodua Viva remuk selepas terlibat kemalangan. Foto Ihsan PDRM
A
A
A

JELI - [DIKEMAS KINI] Seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan selepas kereta dipandunya melanggar dua kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kilometer 90.7 Jalan Kota Bharu-Machang-Gerik di sini pada Jumaat.

Mangsa, Siti Khalijah Derama, 60, yang memandu kereta jenis Perodua Viva meninggal dunia dalam kejadian pada jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jeli yang menerima maklumat kemalangan itu bergegas ke lokasi bagi bagi menjalankan siasatan.

Kereta Perodua Viva dipandu mangsa remuk akibat kemalangan di Jeli. Foto Ihsan PDRM
Kereta Perodua Viva dipandu mangsa remuk akibat kemalangan di Jeli. Foto Ihsan PDRM

“Hasil siasatan mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Viva, Toyota Wish dan Nissan Teana.

“Sebelum itu, Perodua Viva yang dipandu mangsa dari arah Tanah Merah menghala ke Jeli dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dengan dua kenderaan di bahu jalan menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Difahamkan, kedua-dua pemandu kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan ini memakir kenderaan mereka di bahu jalan untuk membeli buah di gerai di tepi jalan.

Artikel Berkaitan:

Keadaan kereta Nissan Teana yang terlibat kemalangan. Foto Ihsan PDRM
Keadaan kereta Nissan Teana yang terlibat kemalangan. Foto Ihsan PDRM

Saari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kematian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati semasa memandu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!