Bangkai penyu terdampar di pantai Benting Lintang

Bangkai seekor penyu ditemui terdampar di Pantai Benting Lintang
Bangkai seekor penyu ditemui terdampar di Pantai Benting Lintang
A
A
A

BESUT - Bangkai seekor penyu ditemui terdampar di Pantai Benting Lintang dekat sini pada petang Jumaat.

Ketua Geng Plastik Hijau (GPI) Daerah Besut, Afifah Ab Aziz berkata, bangkai reptilia marin itu ditemui dalam keadaan tanpa kepala dan separa reput kira-kira jam 5.30 petang.

"Bangkai itu ditemui oleh orang awam sebelum menghubungi kami. Bangkai ini adalah pertama kali ditemui di pantai itu pada tahun ini.

"Penyu itu berkemungkinan telah mati sebelum dihanyut ombak ke pesisir pantai itu.

"Haiwan itu ditemui dalam keadaan tanpa kepala dan cengkerangnya hampir pecah," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Afifah berkata, pihaknya telah membuat laporan kepada Pegawai Perikanan Daerah Besut bagi tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!