Puteri Santubong bawa tuah, daerah Klang juara Simfoni Tradisional

Pasukan tradisional daerah Klang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Simfoni tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Sabtu.
Pasukan tradisional daerah Klang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Simfoni tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung di Kompleks Karangkraf pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Lagu Puteri Santubong yang sinonim dengan negeri Sarawak membawa tuah kepada pasukan tradisional daerah Klang apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani peringkat sekolah menengah sempena Karnival Rakyat Karangkraf.

Guru pembimbing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Nur Fazirah Zambri berkata, lagu yang menjadi siulan sejak lebih 40 tahun itu telah diberikan nafas baharu khusus untuk pertandingan berkenaan.

"Kami melantik pakar luar untuk bantu mengubah muzik dan susunan lagu agar sesuai dengan tema tradisional yang ditetapkan oleh penganjur pertandingan.

Nur Fazirah
Nur Fazirah

"Alhamdulillah, muzik dan lagu tersebut dapat disampaikan dengan berkesan oleh 16 pelajar dan segala penat lelah mereka dibayar dengan kejayaan merangkul juara," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai, trofi, sijil penyertaan dan hamper.

Sebagai rekod, sebanyak enam pasukan berjaya ke pertandingan akhir yang berlangsung pada hari kedua Karnival Rakyat Karangkraf melibatkan daerah Petaling Perdana, Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling Utama, Hulu Langat dan Klang.

Venecy Melok dinobatkan sebagai vokal terbaik pada Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf.
Venecy Melok dinobatkan sebagai vokal terbaik pada Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu menurut Nur Fazirah, kejayaan yang dirangkul pasukan itu bertambah manis apabila penyanyi utamanya iaitu Venecy Melok Eddy dinobatkan sebagai vokal terbaik pertandingan berkenaan.

"Venecy mempunyai kelebihan kerana dia berasal dari Sarawak, sekali gus berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik.

"Sebelum ini dia pernah mewakili Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad (Klang) dalam pertandingan membaca puisi dan lagu, tetapi ini kali pertama menyertai simfoni tradisional," jelasnnya.

Sementara itu penyelaras pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani, Ahmad Suizuddeen Mohamed berkata, pertandingan tersebut merupakan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan Kumpulan Karangkraf dalam usaha memartabatkan seni tradisional di negara ini.

Pasukan daerah Klang melalukan persembahan pada Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf, pada Sabtu.
Pasukan daerah Klang melalukan persembahan pada Pertandingan Simfoni Tradisional Malaysia Madani sempena Karnival Rakyat Karangkraf, pada Sabtu.

"Yang penting pada kami adalah kemenjadian murid dalam bidang ko-kurikulum, kalau boleh kita nak seimbangkan dengan akademik para pelajar.

"Kadang-kadang pelajar hanya mahu cemerlang dalam bidang kurikulum sedangkan mereka mempunyai bakat dalam ko-kurikulum dan tugas kita adalah cungkil bakat mereka di peringkat sekolah," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!