Anwar ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah

Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.

Anwar menerusi hantaran Facebook beliau hari ini berkata, Siti Zaharah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO itu merupakan sahabat rapat beliau semasa bersama dalam parti berkenaan dan menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang cekap, komited dan gigih dalam perjuangan.

"Saya turut berduka dan mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan selain diampunkan segala dosa Almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya," menurut hantaran itu.

Siti Zaharah, 75, disahkan meninggal dunia oleh anak sulungnya Timoer Dzakry Samarudin di Hospital Serdang pada jam 11.23 malam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor pada jam 11.30 pagi tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!