Olimpik Paris: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan

Acara papan selaju jalanan lelaki ditangguhkan akibat hujan. Foto hiasan
Acara papan selaju jalanan lelaki ditangguhkan akibat hujan. Foto hiasan
A
A
A

HUJAN memaksa penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 menangguhkan acara papan selaju jalanan lelaki yang dijadualkan bermula pada hari rasmi pertama pertandingan hari ini.

"Disebabkan keadaan cuaca semalaman yang buruk dan selepas mesyuarat pagi ini dengan semua penganjur berkaitan, keputusan telah diambil untuk (menangguhkan) acara ini hingga Isnin (29 Julai)," menurut penganjur dalam satu kenyataan.

Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde dengan lapan teratas akan mara ke peringkat akhir.

Sebahagian Paris terjejas akibat hujan sejak pagi semalam yang turut mengganggu majlis pembukaan Sukan Olimpik di sepanjang Sungai Seine, malam tadi.

Acara papan selaju jalanan wanita pada esok setakat ini, akan diteruskan mengikut jadual. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!