'Fenomena' Bang Aji di Karnival Rakyat Karangkraf

Bang Aji dikerumuni oleh peminat sebaik sahaja tiba di reruai Sinar Harian pada Karnival Rakyat Karangkraf.
Bang Aji dikerumuni oleh peminat sebaik sahaja tiba di reruai Sinar Harian pada Karnival Rakyat Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM- Kehadiran personaliti cilik, Bang Aji ke Karnival Rakyat Karangkraf menjadi fenomena apabila ketibaannya diserbu peminat yang setia menanti.

Bang Aji atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq, 2, berkain pelekat, bersinglet putih dan berkopiah tiba jam 4 petang diiringi oleh bapanya, Mohd Redzuan Zainol.

Para peminat meluangkan masa selama dua jam untuk bergambar dan beramah mesra dengannya.

Mohd Redzuan ketika ditemui menjelaskan anak keempatnya itu sudah biasa dengan kehadiran ramai peminat, namun masih tidak memahami populariti yang diraih.

"Sebenarnya boleh dikatakan setiap minggu kami turun ke Kuala Lumpur untuk memenuhi jemputan Bang Aji," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, sebelum menghadiri jemputan, beliau akan memastikan waktu rehat Muhammad Aniq mencukupi.

"Kebiasaannya kami datang acara lebih awal bagi dia rehat dan makan dulu sebelum muncul di khalayak," jelas Mohd Redzuan.

Artikel Berkaitan:

Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Ahad.

Penganjurannya bersempena ulang tahun Sinar Harian ke-18 mengangkat tema tradisional dan kerakyatan.

Karnival yang bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam itu mengetengahkan dua komponen utama iaitu Sukan Rakyat dan Pentas Rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!