Olimpik Paris: Tan Jie-Ee Wei lepasi ujian Terry-Jessica
BEREGU campuran negara, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang acara badminton Kumpulan D Sukan Olimpik Paris 2024 langkah kanan pada Sabtu.
Tan Jie-Ee Wei yang berstatus nombor sembilan dunia tidak berdepan masalah menewaskan wakil Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena.
Bagaimanapun set pertama Tan Jie-Ee Wei tidak diberikan laluan mudah apabila diasak hebat dengan permainan mantap Terry-Jessica sebelum menang 23-21.
Set kedua Terry-Jessica yang berstatus 18 ranking dunia tidak dibiarkan bangkit dalam permainan apabila ditinggalkan jauh Tan Jie-Ee Wei untuk kemenangan wakil Malaysia 21-12.
Cabaran Tan Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat, sebelum menamatkan kempen kumpulan menentang penyandang juara Asia, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China.
Terdahulu, pemain nombor dua dunia Yang Zhe-Dong Ping menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai, 21-11, 21-14.
Sebagai rekod, dua pasangan teratas peringkat kumpulan akan mara ke suku akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!