Nor Azizah menang pemilihan semula Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang

Nor Azizah (empat dari kanan) bergambar bersama jawatankuasa baharu selepas pemilihan semula Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di Bangunan UMNO Kuala Selangor pada Sabtu.
Nor Azizah (empat dari kanan) bergambar bersama jawatankuasa baharu selepas pemilihan semula Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang di Bangunan UMNO Kuala Selangor pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pemilihan semula Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang menyaksikan, Nor Azizah Ahmad mengekalkan kemenangannya pada pemilihan yang dibatalkan pada 26 Mei tahun lalu.

Nor Azizah menewaskan penyandang jawatan itu, Datuk Habibah Mohd Yusof sebanyak 127 undi.

Pada pemilihan yang diadakan di Bangunan UMNO Bahagian Kuala Selangor itu, Nor Azizah memperoleh 272 undi menewaskan Habibah yang mendapat 145 undi.

Pengumuman dibuat dan disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Selangor, Datuk Salamon Selamat.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita pula, jawatan itu kini disandang Setiausahanya, Ruzita Rashid yang mengatasi Ketua Wanita Cawangan Berjuntai Bestari, Yusriza Marina Yeop.

Ruzita mendapat 300 undi, manakala Yusriza memperoleh 115 undi dengan majoriti 185 undi.

Sementara itu, Nor Azizah berkata, kemenangan diperoleh itu diharap dapat menyatukan dan memperkukuhkan semula wanita bahagian berkenaan.

"Saya bersyukur akhirnya jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang selesai selepas isu penggantungan sejak setahun empat bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Tekad saya adalah untuk memastikan wanita UMNO bahagian ini terus diperkasa pada masa depan," ujar beliau.

Jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang pada pemilihan 11 Mac tahun lalu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Habibah yang dicabar Nor Azizah.

Dalam pemilihan itu, Nor Azizah mendapat 285 undi menewaskan Habibah yang mendapat 152 undi dengan majoriti 133 undi.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) menghantar surat bahawa mesyuarat perwakilan sayap itu tidak sah kerana ketidakaturan mesyuarat.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 26 Mei tahun lalu memutuskan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang digantung dan pemilihan semula ditangguhkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!