Tuju tin gamit nostalgia zaman kanak-kanak

Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID
Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Mulanya kekok tapi selepas faham peraturan permainan barulah percubaan kedua menjadi lebih mudah.

Demikian reaksi pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah, Nurul Nasuha Arini Mohammed Razib,16, selepas mencuba permainan tuju tin pada Karnival Rakyat Karangkraf pada Sabtu.

Nurul Nasuha Arini berkata, dia sekadar pernah mendengar permainan lama tersebut namun tidak pernah mencubanya sebelum ini.

Nurul Nasuha Arini
Nurul Nasuha Arini

Menurutnya, permainan tersebut mudah dan menyeronokkan serta sesuai dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.

"Hari ini seronok sebab dapat cuba benda baru bersama adik-beradik lain.

"Mungkin lepas ini boleh masukkan dalam aktiviti hari keluarga atau main bersama kawan-kawan di asrama nanti.

"Barang yang diperlukan juga mudah didapati, tak guna modal banyak hanya tin dan selipar. Karnival ini bagus ketengah permainan tradisional kepada generasi muda seperti kami," katanya yang turut mencuba permainan lain seperti kaki hantu dan terompah gergasi.

Artikel Berkaitan:

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuda, Alif Marzuki Jais, 11, berkata, permainan tuju tin tidak asing baginya kerana pernah mencuba permainan itu bersama kawan-kawan.

Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID
Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID

"Tuju tin sama seperti baling selipar cuma disebabkan tak ada tempat lapang jadi jarang main permainan ini

"Apabiila ada karnival seperti ini memang menyeronokkan, banyak permainan lama boleh dipelajari yang ada juga antaranya tak pernah dicuba sebelum ini," katanya.

Seorang pengunjung karnival, Rosmawati Musa, 41, berkata, dia membawa anak-anak ke karnival itu bagi memperkenalkan permainan lama yang ada antaranya kian tenggelam ekoran peredaran zaman.

Katanya, permainan lama ini juga kian dilupakan susulan kehidupan di bandar berdepan masalah kekurangan kawasan lapang disebabkan dikelilingi oleh pembangunan.

"Karnival ini bermanfaat kerana ibu bapa boleh alihkan perhatian anak-anak sekejap kepada gajet.

Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID
Tuju tin permainan lama yang dibawa pada Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung hingga Ahad. Foto Sinar Harian-HALIM WAHID

"Anak-anak banyak habiskan masa di rumah kerana ibu bapa risau nak benarkan mereka bermain di luar sebab banyak kes seperti penculikan," katanya.

Katanya, inisiatif dijalankan Karangkaf merupakan usaha yang baik dan harus diteruskan pada masa hadapan.

"Selain menggamit nostalgia kepada ibu bapa, anak-anak juga seronok dapat cuba permainan lama.

"Karnival ini boleh dijadikan secara tahunan bagi mengisi aktiviti kekeluargaan jadi anak-anak pun dapat beriadah, tidak hanya bermain gajet di rumah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!