Pearly-Thinaah akur pengalaman Qing Chen-Yi Fan

Pearly-Thinaah Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
Pearly-Thinaah Foto: Badminton Association of Malaysia - BAM
A
A
A

PENGALAMAN menjadi pemisah buat beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah ketika menyingkap tirai peringkat Kumpulan A badminton Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena pada Sabtu.

Pearly-Thinaah yang ditampilkan dengan status nombor 13 dunia ternyata menghadirkan saingan sengit sebelum tewas kepada pasangan nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.

Set pertama Pearly-Thinaah menampilkan permainan bertenaga berjaya menyaingi Qing Chen- Yi Fan, namun ketenangan menyaksikan wakil dari China, menang 21-17.

Pearly-Thinaah kemudian memperkemaskan permainan set kedua kembali memberikan cabaran kepada Qing Chen- Yi Fan sebelum akur pengalaman membezakan kedua-dua dengan kemenangan gandingan lawan, 20-22.

Gandingan beregu negara itu akan berdepan beregu nombor enam dunia dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara pada Ahad.

Pearly-Thinaah kemudian akan berdepan wakil Indonesia berstatus nombor sembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi terakhir kumpulan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!