Riadah terakhir, pemuda maut ketika pulang konvoi

Seorang maut dan empat individu cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 363, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi, dekat sini pada Jumaat.
Seorang maut dan empat individu cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 363, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi, dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

DUNGUN - Seorang maut dan empat individu cedera selepas motosikal ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 363, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Bukit Besi, dekat sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa, Iqbal Juz Aidil Zaims Sharief, 19, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, rakan mangsa iaitu Muhammad Abdul Hannan Abdul Ghani,19 pula cedera iaitu patah pada bahu dan kaki kiri manakala Haziq Izham Arif Rahimi, 19, mengalami kecederaan di bahagian anggota badannya termasuk bahu belakang dan pinggang.

"Iqbal Juz Aidil bersama rakan-rakannya yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Marang setelah beriadah di Pantai Kerteh.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang Iqbal Juz Aidil hilang kawalan lalu terjatuh atas lebuh raya.

“Empat rakan yang sedang menunggang motosikal berhampiran mangsa cuba mengelak namun turut terbabas sebelum melanggar Honda Jazz dan Perodua Alza di hadapan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut. Maizura berkata, kesemua mangsa termasuk Iqbal Juz Aidil yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Dungun.

Katanya, Iqbal Juz Aidil yang merupakan jurujual mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun beliau berkata, Iqbal Juz Aidil disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu pada jam 1 pagi tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!