Hari Bertemu Pelanggan: 61 isu berkaitan jenayah dibangkitkan

Orang ramai tidak melepaskan peluang bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada Hari Bertemu Pelanggan pada Sabtu.
Orang ramai tidak melepaskan peluang bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada Hari Bertemu Pelanggan pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu berkaitan jenayah dan keselamatan setempat antara dikemukakan orang ramai dalam Hari Bertemu Pelanggan yang dijalankan di 16 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, masyarakat mengambil peluang untuk berbincang mengenai keselamatan setempat, status siasatan kes, penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesejahteraan komuniti.

"Inisiatif Hari Bertemu Pelanggan yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara PDRM dengan masyarakat.

"Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan persepsi positif terhadap PDRM dan menjadi saluran bagi pandangan, penyampaian maklumat, serta usaha membanteras jenayah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Datuk Hussein Omar Khan
Datuk Hussein Omar Khan

Hussein berkata, program hari bertemu pelanggan ini, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

"Seramai 213 orang hadir dalam program Hari Bertemu Pelanggan, sebanyak 61 isu dibangkitkan oleh orang ramai berkaitan jenayah dan keselamatan setempat.

"Selain itu sebanyak 30 isu berkaitan penyampaian perkhidmatan PDRM, kesejahteraan komuniti dan 24 isu berkaitan perkembangan kertas siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hussein berkata, program itu diadakan sebagai satu kaedah bagi pengadu menyuarakan masalah, pendapat dan juga sedikit sebanyak memberikan maklumat kepada PDRM.

"Polis Selangor mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah hadir dalam program hari ini.

"Saya berharap pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan diantara PDRM dan masyarakat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!