Hubei gantung perkhidmatan permohonan pasport

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) di wilayah Hubei, China menggantung perkhidmatan permohonan pasport biasa serta permit keluar masuk dan pengesahan kemasukan ke Hong Kong, Macau dan Taiwan sebagai langkah mengawal penularan wabak koronavirus.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sejak empat hari lalu tiada penumpang meninggalkan tanah besar China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan atau pelabuhan Hankou, menurut NIA.

No Image Caption

NIA berkata, saluran khas akan dibuka untuk individu yang terpaksa meninggalkan tanah besar atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Sehingga Ahad, sejumlah 1,423 kes disahkan penyakit radang paru-paru dilaporkan di Hubei dengan 76 kematian dan 221 pesakit dilaporkan dalam keadaan kritikal. Sementara itu seramai 44 pesakit dibenar keluar hospital. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!