Kembalikan minat berpuisi generasi baharu

Pemuisi-pemuisi yang turut hadir dalam program Baca Puisi Pemuisi@Sinar Harian sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada Sabtu.
Pemuisi-pemuisi yang turut hadir dalam program Baca Puisi Pemuisi@Sinar Harian sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penulisan puisi yang mempunyai makna dan ilmu dapat mengembalikan minat untuk mendeklamasikan atau membaca puisi dalam kalangan generasi baharu.

Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, rakan rakan pemuisi perlu bangkit semula untuk menciptakan pelbagai jenis puisi supaya anak-anak boleh merasai nikmat tersebut.

“Kalau zaman dahulu, pemuisi inilah yang akan membangkitkan zaman merdeka kerana mereka menanamkan semangat untuk berjuang. Sekarang, kita sudah merdeka, tetapi masih dijajah dengan pemikiran anak-anak kita.

“Kita harus menggerakkan semula puisi terutama di sekolah untuk menanam cinta kepada puisi. Kita nak bawa semula ilmu itu, kalau boleh bina semula, insya-ALLAH kita boleh jual semula buku puisi,” katanya pada Sabtu.

Muhammad Nasir
Muhammad Nasir

Beliau berkata demikian dalam program Baca Puisi Pemuisi@Sinar Harian sempena Karnival Rakyat Karangkraf di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 di sini.

Karnival Rakyat Karangkraf berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada Ahad.

Penganjurannya bersempena ulang tahun Sinar Harian ke-18 mengangkat tema tradisional dan kerakyatan.

Artikel Berkaitan:

Karnival yang bermula jam 9 pagi sehingga 7 malam itu mengetengahkan dua komponen utama iaitu Sukan Rakyat dan Pentas Rakyat.

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Awang Sariyan, Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi), Datuk Dr Radzuan Ibrahim @ Wanrazuhar dan pemuisi-pemuisi yang lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!