YBR salur RM40,000 bantu 400 murid di Beruas

YBR dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas menyalurkan bantuan persekolahan kepada 400 murid.
YBR dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas menyalurkan bantuan persekolahan kepada 400 murid.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM40,000 kepada 400 murid dari keluarga B40 bagi meneruskan sesi persekolahan 2024.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, bantuan tersebut sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan sepanjang sesi pembelajaran dijalankan.

“Saya berharap YBR akan dapat membantu program-program yang berunsurkan pendidikan dengan lebih banyak terutamanya di sekitar kawasan Perak ini.

Dari kiri; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Azhar Ahmad menyerahkan bantuan persekolahan kepada murid B40 di kawasan Beruas, Perak pada Sabtu.
Dari kiri; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Azhar Ahmad menyerahkan bantuan persekolahan kepada murid B40 di kawasan Beruas, Perak pada Sabtu.

“Bantuan seumpama ini amatlah bermakna bagi mereka yang berada di luar kawasan bandar bagi menarik minat pelajar-pelajar untuk hadir ke sekolah,” katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan YBR, di Dewan Inderawati Beruas, Perak pada Sabtu.

Hadir sama, wakil Pengurus Besar YBR iaitu Ketua Bahagian Operasi, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat, Khairul Na’im Arifin.

YBR dalam kenyataan sama mengharapkan bantuan berkenaan dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan sekolah yang perlu diganti walaupun jumlah tersebut tidak begitu besar.

Artikel Berkaitan:

Bantuan seumpama ini amat bermakna bagi mereka yang berada di luar bandar bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah.
Bantuan seumpama ini amat bermakna bagi mereka yang berada di luar bandar bagi menarik minat pelajar untuk hadir ke sekolah.

Ujarnya, usaha itu merupakan tanda kasih sayang dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

“Ia turut memberikan semangat kepada murid sekolah untuk mendapatkan keputusan cemerlang dan mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung ibu bapa,” katanya.

Setakat Julai 2024, YBR memaklumkan seramai 8,846 murid dan 145 sekolah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.31 juta yang melibatkan 27 lokasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!