UMNO tidak perlu pemimpin muflis idea - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong. Foto Instagram Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berucap ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong. Foto Instagram Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO tidak memerlukan pemimpin yang muflis idea.

Demikian peringatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang menegaskan, masih ada dalam kalangan pemimpin parti itu yang berbicara perkara remeh.

Bahkan katanya, ada pula yang menghentam semasa sendiri, bercakap berkaitan agenda peribadi dan menurut Tengku Zafrul, itu semua adalah “cakap-cakap orang yang tandus idea”.

Tegasnya, rakyat sudah muak melihat pemimpin yang sibuk berpolitik sepanjang masa.

Katanya lagi, rakyat sebenarnya mahukan pemimpin yang ambil peduli isu mereka dan ada visi untuk anak-anak mereka.

“Kita perlu buktikan kepada rakyat, UMNO ada idea-idea segar untuk menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan menjamin masa depan anak-anak mereka.

“Barulah rakyat akan kembali percaya kepada UMNO!

“Mampukah kita lakukannya? Saya yakin boleh dan kalau pemimpin tak nak berubah, ahli-ahli UMNO wajib tegur demi kebaikan parti keramat kita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi Instagram rasminya, Tengku Zafrul berkata, beberapa perkara itu merupakan mesej utama dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong.

“Terima kasih Datuk Jeff atas jemputan merasmikan mesyuarat pada hari ini dan tahniah kepada seluruh Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong yang berjaya tunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti,” tulis beliau lagi. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!