Penyu Gergasi terdampar
Haiwan berukuran 20 meter panjang dan setinggi 10 meter itu sebenarnya batu besar yang dilukis mural hasil sentuhan empat pemuda yang mengambil masa selama lima hari untuk menyiapkannya.
Sejak lukisan mural itu siap sepenuhnya pada 16 Julai lalu, ia terus tular di media sosial sehingga menjadikan kawasan itu yang kurang dikunjungi sebelum ini bertukar sesak setiap petang.
Pengunjung dilihat datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk melihat dengan lebih dekat keunikannya dan mengambil gambar. Dengan wujudnya mural penyu gergasi kawasan itu dipercayai menjadi daya tarikan pelancongan baharu di Kuantan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!