Bawa pulang kemenangan, banggakan Malaysia

Ketua Kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin dan pembawa Jalur Gemilang, atlet terjun, Betrand Rhodic Lises bersama atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif bersama para atlet dan pegawai kontinjen negara menaiki bot pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine. Foto Bernama
Ketua Kontinjen negara Datuk Hamidin Mohd Amin dan pembawa Jalur Gemilang, atlet terjun, Betrand Rhodic Lises bersama atlet pelayaran negara, Nur Shazrin Mohamad Latif bersama para atlet dan pegawai kontinjen negara menaiki bot pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine. Foto Bernama
A
A
A

SUKAN Olimpik Paris 2024 sudah pun bermula selepas upacara pembukaan yang dijalankan secara besar-besaran di Sungai Seine di negara itu pada Sabtu.

Rakyat Malaysia semestinya mengharapkan medal, tidak kira emas, perak mahupun gangsa dari atlet negara ketika pulang di tanah air, namun banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka semasa menentang persaingan di acara Olimpik tersebut.

Sudah menjadi tradisi setiap masyarakat untuk menonton semua perlawanan di kaca televisyen mahupun mereka yang berada di Paris untuk memberikan sokongan penuh kepada atlet kebanggaan negara itu.

Bagaimanapun, setiap atlet akan berhadapan dengan pelbagai halangan termasuk penyesuaian diri terhadap peraturan, risiko kecederaan dan persaingan yang sengit.

Atlet negara sewajarnya mempersiapkan diri dengan mental dan fizikal yang kuat bagi menghadapi tekanan serta cabaran di pentas Olimpik itu.

Persiapan yang dilakukan dan sokongan daripada seluruh lapisan masyarakat diharapkan dapat membawa kemenangan pulang sekali gus membanggakan Malaysia.

Jadi, rakyat Malaysia juga diminta untuk memberikan sokongan padu kepada atlet negara dan mengharapkan setiap atlet tersebut dapat mencatat kejayaan di Paris.

Sorakan penyokong bergema apabila beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengelak kekalahan awal pada Sukan Olimpik Paris 2024 ketika menentang Ben Lane-Sean Vendy dari Great Britain dalam perlawanan Kumpulan A hari ini.

Artikel Berkaitan:

Gandingan itu akan bertemu Adam Dong-Nyl Yakura dari Kanada yang ditumpaskan pilihan utama Liang Wei Keng-Wang Chang dari China sekali gus mengharapkan kemenangan mereka esok akan menjamin tiket ke suku akhir.

Bagaimanapun, hasrat penembak negara, Johnathan Wong untuk mara ke pusingan akhir acara 10 meter (m) air pistol lelaki di temasya tersebut tidak kesampaian apabila terkandas di pusingan kelayakan.

Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean juga terlepas peluang untuk memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara 400 meter (m) gaya bebas di pentas tersebut.

Tumpuan kini kepada perenang wanita negara, Rouxin Tan yang turut membuat penampilan pertama dalam Olimpik bagi acara 100m kuak dada esok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!