Le Normand: Atletico, Sociedad capai kesepakatan
ATLETICO Madrid mencapai persetujuan dengan Real Sociedad untuk perpindahan bek tengah Sepanyol, Robin Le Normand, kata kedua-dua kelab LaLiga Sepanyol tersebut pada Sabtu.
Bagaimanapun Atletico atau Sociedad tidak mendedahkan butiran kewangan perpindahan tersebut, namun media Sepanyol melaporkan bahawa perjanjian itu bernilai sekitar 30 juta euro. Tempoh kontrak pemain berusia 27 tahun itu tidak didedahkan.
“Atletico dan Sociedad telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Le Normand.
“Perjanjian itu akan dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang apabila pemain berusia 27 tahun itu kembali dari percutiannya,” kata Atletico dalam satu kenyataan.
Pemain kelahiran Perancis itu menyertai Sociedad pada 2016 selepas memulakan karier bola sepak bersama kelab Ligue 1 Perancis, Brest, memiliki 17 penampilan bersama Sepanyol juga merupakan sebahagian daripada pasukan La Roja, juara Kejuaraan Euro Jerman 2024
Sejak itu dia telah membuat 221 penampilan untuk pasukan utama Sociedad dan memenangi Piala Raja Sepanyol pada musim 2019/20.
“Kami akan sentiasa mengingati dedikasi dan rasa terima kasihnya kepada warna yang telah membentuknya menjadi pemain seperti hari ini. Semoga berjaya,” kata Sociedad di platform media sosial X.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!