Tanjak negara ASEAN dipamer di KL Sentral

Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN menampilkan tanjak negara ASEAN yang dihasilkan oleh peserta-peserta AHT ketika dalam perjalanan ke KL Sentral.
Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN menampilkan tanjak negara ASEAN yang dihasilkan oleh peserta-peserta AHT ketika dalam perjalanan ke KL Sentral.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN yang berlangsung pada 22 Julai hingga 24 Julai ini di Kuala Lumpur (KL) Sentral merupakan kesinambungan program ASEAN Heritage Train (AHT) – Enhancing Connectivity towards Cultural Diversity.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Amran Mohd Haris berkata, peserta-peserta yang mengikuti AHT telah diberi tugasan untuk menyiapkan tanjak negara masing-masing.

“Pameran hiasan kepala adalah lanjutan daripada pergerakan peserta AHT dari Butterworth menghala ke KL Sentral. Pertunjukan ini adalah hasil peserta-peserta ASEAN kecuali tanjak yang bersifat logam.

Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN turut menyediakan pameran miniatur oleh WCO.
Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN turut menyediakan pameran miniatur oleh WCO.

“Ada negara yang membawa tanjak sedia ada kerana diperbuat daripada besi dan mustahil untuk dilakukan di dalam kereta api.

“Jadi mana-mana negara yang tanjak diperbuat menggunakan, fabrik maka mereka perlu menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan,” katanya ketika ketika sidang media Majlis Pelancaran AHT pada Selasa.

Dalam pada itu, Amran memaklumkan, pihaknya telah menjemput pakar yang mahir membuat tanjak negara sebagai salah satu aktiviti AHT.

Menurutnya, jemputan berkenaan dilakukan untuk mendedahkan kepada peserta luar negara tentang cara pembuatan ‘Tanjak Dendam Tak Sudah’ yang merupakan tengkolok tradisional Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sesetengah tanjak yang dipamerkan di Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN adalah hasil tangan peserta-peserta AHT.
Sesetengah tanjak yang dipamerkan di Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN adalah hasil tangan peserta-peserta AHT.

“Dalam kereta api, kita mempunyai juruacara (pakar tanjak) yang membuat demonstrasi dan mengajar para peserta membuat tanjak tersebut.

“Sebaik sahaja selesai, mereka (peserta lelaki) memakai tanjak berkenaan sepanjang majis pelancaran AHT berakhir,” ujarnya.

Selain daripada Pameran Hiasan Kepala Tradisional ASEAN, beliau memberitahu bahawa JKKN turut berkolaborasi bersama World Culture Organization (WCO) untuk menjayakan pameran miniatur yang mengetengahkan budaya ASEAN.

“JKKN bekerjasama dengan WCO kerana mereka merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering kali membuat pameran berkenaan kebudayaan, kesenian dan tradisi Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, AHT adalah anjuran Bahagian Hubungan Antarabangsa Kebudayaan (HAK), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di bawah penyelarasan JKKN dengan kerjasama Persatuan Penggiat Pelancongan Senibudaya Warisan Kraf Negeri Selangor (PESTA) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Jelasnya, program itu di bawah ASEAN Cultural Fund (ACF) dengan penglibatan penggiat seni budaya bidang seni persembahan, gastronomi dan kraf daripada sembilan negara ASEAN iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!