Peluang bawa balik motosikal

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang memasuki hari kedua pada Sabtu meriah dengan kunjungan orang ramai sejak awal pagi.
Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang memasuki hari kedua pada Sabtu meriah dengan kunjungan orang ramai sejak awal pagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama berupa motosikal bakal memeriahkan lagi hari terakhir Karnival Rakyat Karangkraf hari ini.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, cabutan bertuah kategori utama itu dijangka akan diadakan pada jam 5 petang sempena majlis penutup karnival tersebut.

Rumah Hantu antara tarikan yang paling mendapat sambutan hangat.
Rumah Hantu antara tarikan yang paling mendapat sambutan hangat.

“Cara untuk menyertainya mudah sahaja. Resit pembelian sebarang produk kami seperti Sinar Harian, TomKraf dan Grup Buku Karangkraf boleh dikumpul sehingga mencukupi RM100 dan perlu dikepilkan kemudian hantar ke kaunter cabutan bertuah di reruai pendaftaran.

“Hadiah lumayan lain juga tersedia bagi kategori ini berupa barangan elektrik jenama terkemuka seperti vakum, penyedut hampagas hama habuk, mesin membuat kopi, cerek, pemproses makanan dan pengisar, seterika wap, periuk nasi, pengisar jus serta penggoreng kering,” katanya.

Tambah Justin, orang ramai juga berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik dan eksklusif dalam cabutan bertuah kategori terbuka yang akan diadakan pada jam 1.30 petang.

Pameran kucing yang dibawakan oleh Tom Kraf.
Pameran kucing yang dibawakan oleh Tom Kraf.

“Bagi kategori terbuka ini pengunjung hanya perlu mendaftar di kaunter dan bakal membawa pulang pakej umrah, jam tangan mewah, tiket taman tema, produk Tomkraf, buku keluaran Grup Buku Karangkraf, cenderahati eksklusif Sinar Harian dan pelbagai lagi.

Artikel Berkaitan:

“Jadi, datanglah beramai-ramai bawa keluarga, jiran, saudara dan sahabat handai ke Karnival Rakyat Karangkraf 2024 bagi mengalami sendiri pengalaman yang unik serta nostalgia.

“Saya mengalu-alukan juga kehadiran golongan muda kerana pelbagai aktiviti boleh disertai dan banyak hadiah disediakan khas buat pengunjung bertuah. Saya juga pasti banyak reruai akan menawarkan pelbagai promosi menarik pada hari terakhir,” katanya.

Maskot kucing mencuri tumpuan pengunjung.
Maskot kucing mencuri tumpuan pengunjung.

Karnival Rakyat Karangkraf 2024 yang bermula sejak Jumaat mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat dan pentas rakyat.

Program dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-18 Sinar Harian itu sedang berlangsung dan berakhir hari ini dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

Peraduan kira kacang yang dianjurkan Sinar Harian menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah motosikal.
Peraduan kira kacang yang dianjurkan Sinar Harian menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk sebuah motosikal.

Pelbagai aktiviti menarik dijadualkan pada hari terakhir seperti pertunjukan unit beruniform, penampilan istimewa daripada pempengaruh media sosial, Pertandingan Motor Siput, Riuh Rewang, TomKraf Kucing Fashion Show, MakanFest, Sukaneka Kampung, Busking Rock Kapak dan lain-lain lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!