Tuan rumah Perancis raih emas pertama Olimpik menerusi ragbi 7 sebelah

Pemain Perancis Antoine Dupont mengasak pemain Afrika Selatan dalam acara Ragbi 7 sebelah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France. Foto Bernama
Pemain Perancis Antoine Dupont mengasak pemain Afrika Selatan dalam acara Ragbi 7 sebelah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France. Foto Bernama
A
A
A

TUAN rumah Perancis meraih emas pertama mereka pada Sukan Olimpik Paris selepas menang 28-7 dalam final ragbi tujuh sebelah menentang Fiji.

Perancis pada awalnya ketinggalan dan perlawanan terikat 7-7 pada separuh masa pertama sebelum Antonie Dupont masuk dan menjaringkan dua try untuk membantu tuan rumah Olimpik melengkapkan kebangkitan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemain Fiji Joseva Talacolo ketika mengasak pemain Australia dalam acara Ragbi 7 sebelah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France. Foto Bernama
Pemain Fiji Joseva Talacolo ketika mengasak pemain Australia dalam acara Ragbi 7 sebelah pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Stade De France. Foto Bernama

Terdahulu, Afrika Selatan memenangi pingat gangsa selepas menewaskan Australia 26-19.

Ini adalah pingat ketiga Perancis pada temasya Olimpik kali ini selepas Luka Mkheidze memenangi perak dalam acara judo lelaki 60 kilogram dan Shirine Boukli meraih gangsa dalam acara judo wanita 48 kg. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!