Pembantu jualan maut, motosikal bertembung kereta

Seorang pembantu jualan maut apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Laut, Kuala Terengganu pada Sabtu. Foto polis
Seorang pembantu jualan maut apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Laut, Kuala Terengganu pada Sabtu. Foto polis
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu jualan maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Laut di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Mohd Nazri Wahab, 48, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.20 malam.

Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut. Foto polis
Motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan tersebut. Foto polis

"Hasil siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Gelugor Raja.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

"Akibat jarak yang dekat, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal yang dipandu mangsa dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kereta yang terlibat kemalangan turut mengalami kerosakan. Foto polis
Kereta yang terlibat kemalangan turut mengalami kerosakan. Foto polis

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Azli berkata, akibat rempuhan kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!