AR Rahman imbau nostalgia dengan lagu popular 1990-an dalam konsert di KL

Penyanyi dan komposer dari India AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Foto Bernama
Penyanyi dan komposer dari India AR Rahman membuat persembahan sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Foto Bernama
A
A
A

KOMPOSER muzik India, AR Rahman mengimbau nostalgia kepada kira-kira 35,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi persembahan bertenaga yang menampilkan lagu-lagu popular beliau pada 1990-an.

Konsert Rahman Live in KL 2024 yang bermula pada jam 8.25 malam itu menampilkan Rahman, seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit muzik tersohor, mendendangkan lagu popular seperti Jai Ho dari filem Slumdog Millionaire.

Dianjurkan oleh Star Planet, konsert itu dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan.

Semasa konsert itu, Rahman memuji Anwar kerana sikapnya yang mudah didekati dan menyifatkan beliau sebagai "seorang yang simple.”

Penonton terhibur dengan persembahan penyanyi dan komposer dari India, Ar Rahman sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Foto Bernama
Penonton terhibur dengan persembahan penyanyi dan komposer dari India, Ar Rahman sempena Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Foto Bernama

Konsert itu, yang menampilkan gabungan lagu-lagu Hindi dan Tamil, telah dibawakan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC.

Penyanyi Tamil popular Mano telah membawakan lagu Mukkala Mukkabla dari filem Kadhalan serta beberapa lagu lain gubahan Rahman untuk filem Thiruda Thiruda dan Muthu.

Penyanyi Srinivas dan Swetha Mohan pula mendendangkan beberapa lagu popular dari filem Padayyappa.

Artikel Berkaitan:

Rahman turut mengetengahkan projek kumpulan meta beliau iaitu Secret Mountain yang menggabungkan muzik, animasi dan penceritaan interaktif secara maya.

Beliau memulakan kerjaya dalam industri perfileman India pada 1992 dan diraikan sebagai antara pemuzik paling berpengaruh di negara itu serta telah memenangi dua anugerah Akademi untuk karyanya pada tahun 2009 menerusi filem Slumdog Millionaire. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!