Beri alasan tak tahu berkaitan kesalahan guna ambai, belat

Penggunaan belat yang dipercayai dipasang individu tidak bertanggungjawab dirampas menerusi operasi dijalankan sekitar Kuala Langat pada Jumaat.
Penggunaan belat yang dipercayai dipasang individu tidak bertanggungjawab dirampas menerusi operasi dijalankan sekitar Kuala Langat pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Mendakwa tidak tahu berkaitan kesalahan antara alasan diberikan beberapa individu yang ditahan susulan dipercayai menggunakan peralatan menangkap ikan tidak berlesen menerusi Ops Hurricane dekat perairan Kuala Langat di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, antara peralatan dirampas dalam operasi dijalankan pihaknya bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Selangor, Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat itu antaranya belat dan ambai.

"Serbuan yang dijalankan ini telah menyita sebanyak empat set belat dan lima set ambai yang dianggarkan bernilai RM11,000.

"Penggunaan belat dan ambai ini memberikan kesan besar kepada ekosistem marin yang mengakibatkan pelbagai jenis hidupan laut terperangkap pada jaring dipasang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Anggota DOF menjalankan pemeriksaan di beberapa jeti pendaratan ikan sebelum merampas beberapa ambai yang digunakan.
Anggota DOF menjalankan pemeriksaan di beberapa jeti pendaratan ikan sebelum merampas beberapa ambai yang digunakan.

Katanya, siasatan mendapati belat dari kategori belat lengkung ini menggunakan jaring pukat nilon yang dipasang sepanjang lebih kurang 100 meter bagi satu set pada kedudukan air paling surut.

"Kayu pancang bakau atau besi akan dipasang setiap 1.5 hingga dua meter bagi memegang pukat, terdapat juga belat yang dipasang menggunakan jaring polietilena yang lebih tebal dengan mata pukat yang kecil.

"Penggunaan belat untuk menangkap ikan ini diburukkan lagi oleh pengguna tidak bertanggungjawab terutama bagi tujuan rekreasi menyebabkan hidupan laut terperangkap pada jaring belat dan mengancam ekosistem perikanan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ambai merupakan peralatan menangkap ikan berupa pukat keroncong yang diikat pada suatu tiang kukuh di kawasan muara sungai.

"Penggunaan ambai ini mengakibatkan hasil tangkapan masuk ke dalam pukat mengikut keadaan pasang surut air," katanya.

Tambahnya, keseluruhan peralatan menangkap ikan kini tidak lagi dilesenkan dan pemilikan lesen hanya pada pemilik sedia ada.

"Penggunaan peralatan ini secara berterusan memberi impak negatif kepada sumber perikanan dan masyarakat setempat.

"Hanya tinggal beberapa nelayan yang mempunyai lesen tersebut namun mereka tidak lagi turun ke laut kerana faktor usia di negeri ini," katanya.

Operasi dijalankan merampas peralatan menangkap ikan tidak berlesen sekitar Kuala Langat pada Jumaat.
Operasi dijalankan merampas peralatan menangkap ikan tidak berlesen sekitar Kuala Langat pada Jumaat.

Noraisyah berkata, penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa lesen merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

"Mana-mana individu menjalankan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!