Isu dana syarikat arak: Pas mungkin tidak bersama Gerakan pada PRU16

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari
A
A
A

KOTA BHARU - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari kecewa dengan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan tiada kerjasama dengan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Pendirian rasmi Parti Gerakan dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan. Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh Gerakan, PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Media sebelum ini melaporkan Gerakan turut senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa, sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh kerajaan pusat untuk beroperasi.

Beliau berkata, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan saja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

Dominic mengulas berhubung kontroversi derma daripada syarikat arak kepada sekolah yang dibantah banyak pihak kerana didakwa mempromosikan amalan tidak baik dalam kalangan pelajar selain bercanggah dengan garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM).

Garis panduan itu antara lain menggariskan aktiviti sumbangan kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di premis sekolah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras juga tidak boleh membabitkan pelajar Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!