Menteri kena kawal tingkah laku, lisan - Puad Zarkashi

Kenyataan Puad Zarkashi di Facebook.
Kenyataan Puad Zarkashi di Facebook.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Barisan anggota Kabinet Kerajaan Madani perlu menjadi teladan yang baik kepada rakyat dengan mengawal tingkah laku dan lisan masing-masing.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, gelagat anggota Kabinet sejak kebelakangan ini sering dikritik oleh warga maya membabitkan beberapa insiden.

Tanpa merujuk atau memetik nama sesiapa, hantaran bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu memberi beberapa contoh isu membabitkan pemimpin yang hangat diperkatakan kini.

"Sebagai contohnya jangan guna parkir OKU (orang kurang upaya). Jangan langgar lampu isyarat merah atau guna lorong kecemasan. Mengelak bagi formula mengarut.

"Menteri beragama Islam kena semak majis atau ekspo jualan yang dihadiri. Jangan ada arak, iklan arak atau sertai demo urut oleh jurujual wanita," katanya dalam muat naik di Facebook pada Ahad.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu seterusnya meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu lebih tegas menilai prestasi barisan Kabinet.

"Bila terlajak jangan bagi alasan yang remeh sehingga diketawakan rakyat. Nila setitik rosak susu sebelanga. Ia punca 'trust deficit' yang makin parah.

"PMX patut lebih tegas buat penilaian prestasi. Tukar dan gugur yang gagal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!