Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi

Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Raub
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Raub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Reman terhadap seorang pengasuh di Bandar Dato’ Onn di sini dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki akibat didera.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Raub Selamat berkata, perintah reman dilanjutkan terhadap wanita berusia 36 tahun itu bermula Isnin hingga Rabu.

"Sebelum ini, suspek telah direman enam hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Kita telah mendapatkan kebenaran Mahkamah Johor Bahru di sini untuk melanjutkan tempoh reman selama tiga hari bermula esok hingga Rabu ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad

Terdahulu, media melaporkan polis menahan pengasuh tersebut selepas ibu bapa bayi itu membuat laporan polis, Ahad lalu.

I

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!