Pengunjung Karnival Rakyat Karangkraf dapat layanan VIP

Pengunjung berpeluang menaiki Toyota Vellfire menerusi kemudahan shuttle yang disediakan.
Pengunjung berpeluang menaiki Toyota Vellfire menerusi kemudahan shuttle yang disediakan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung Karnival Rakyat Karangkraf tidak perlu risau untuk meletakkan kenderaan jauh susulan disediakan perkhidmatan shuttle sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Tujuh kenderaan termasuk empat kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza disediakan penganjur.

Lebih istimewa, syarikat perkhidmatan sewa kenderaan Pilihcar turut serta menyediakan tiga MPV mewah jenis Toyota Vellfire dan Alphard bagi perkhidmatan tersebut.

Seorang pemandu shuttle ditemui memaklumkan, sambutan menggalakkan menyebabkan mereka tidak menang tangan mengejar 'trip' dan hanya sempat berehat sebentar untuk solat dan makan.

Susilawati bersama anak-anak.
Susilawati bersama anak-anak.

Seorang pengunjung, Susilawati Said, 40, berkata, karnival yang dijalankan dalam skala besar menyebabkan parkir terhad dan terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari tapak karnival.

Bagaimanapun menurutnya, dengan adanya kemudahan shuttle itu sangat membantu pengunjung khususnya yang membawa anak kecil atau warga emas untuk tidak perlu berjalan jauh.

Lebih istimewa katanya, dia bersama suami serta dua anak berpeluang merasai pengalaman menaiki Toyota Vellfire yang dijadikan sebagai salah satu kemudahan shuttle.

Artikel Berkaitan:

"Perkhidmatan kali ini memang bagus kerana turun saja kereta sudah ada abang shuttle tawar untuk hantar ke tapak karnival, dapat pula Toyota Vellfire memang anak-anak seronok kerana sebelum ini tak pernah naik kenderaan itu," katanya.

Perkhidmatan shuttle bagi memudahkan pengunjung datang ke tapak Karnival Rakyat Karangkraf.
Perkhidmatan shuttle bagi memudahkan pengunjung datang ke tapak Karnival Rakyat Karangkraf.

Ibu kepada dua anak itu turut mencadangkan penambahbaikan dari segi penyediaan van bagi membolehkan mengambil lebih ramai penumpang.

"Naik MPV memang selesa cuma tak muat untuk yang datang bersama keluarga ramai. Kalau digunakan van atau bas mini boleh muatkan lebih ramai orang," katanya.

Seorang pengunjung dari Sepang, Khalil Asyraf

Fadzil, 36, berkata, perkhidmatan shuttle ringankan beban warga emas seperti ibu mentua yang hadapi masalah lutut untuk ke tapak karnival.

"Nak dapat parkir senang cuma agak jauh dari tapak karnival. Datang awal pun kereta dah penuh.

"Terima kasih kepada pihak penganjur memudahkan urusan kami untuk sampai ke tapak karnival.

"Kalau jumlah shuttle ditambah lagi bagus sebab pengunjung yang datang pun ramai jadi tak perlu tunggu terlalu lama," katanya.

Rusizah (dua dari kanan) bersama anak dan cucu.
Rusizah (dua dari kanan) bersama anak dan cucu.

Bagi seorang warga emas, Rusizah Md Taib, 73, kemudahan shuttle amat memudahkan warga emas sepertinya untuk turut serta memeriahkan karnival.

"Saya selalu lalu Karangkaf tapi belum ada kesempatan untuk berkunjung jadi apabila ada karnival seperti ini, saya tak lepas peluang datang dari Perak untuk turut serta.

"Patut nak singgah semalam tapi parkir penuh dan panas jadi terus pulang dan hari ini datang awal pagi singgah sebentar sebelum pulang ke Perak.

"Seronok ada sedia shuttle jadi tak perlu jalan jauh, sangat sesuai untuk warga emas seperti saya, " katanya.

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Pilihcar, Adi Zuhaili Zainuddin berkata, sambutan dalam kalangan pelanggan sangat menggalakkan sejak hari pertama karnival berlangsung.

"Kami tampil sediakan perkhidmatan shuttle bagi memudahkan pengunjung yang tidak perlu risau letak kenderaan jauh.

"Kami juga menawarkan perkhidmatan istimewa menyediakan tiga MPV mewah bagi beri pengunjung merasai pengalaman menaiki kenderaan itu.

Katanya, Pilihcare sebuah syarikat sewa kenderaan dan bagi mengetahui lanjut perkhidmatan disediakan boleh layari www.pilihcar.com atau menerusi platfom media sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!