Che'gu Bard ditahan polis
SHAH ALAM - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
Pengesahan penahanan aktivis politik berkenaan disahkan oleh peguam, Rafique Rashid.
Rafique berkata, penahanan Che'gu Bard untuk siasatan berkaitan pendedahan atas dakwaan isu korupsi dan rasuah oleh pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Beliau ditahan jam 3 petang ini di IPD Putrajaya, difahamkan untuk siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Ahad.
Katanya, pihak polis juga mengesahkan permohonan reman akan dibuat di hadapan Majistret Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi Isnin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!