Tangisan gembira, SMK Rawang rangkul juara pertandingan tarian

SMK Rawang menjuarai Pertandingan Tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
SMK Rawang menjuarai Pertandingan Tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - “Saya menangis kerana saya melihat sendiri kesungguhan, penat lelah dan semangat pelajar semasa latihan. Kemenangan ini membayar segalanya.”

Demikian luahan seorang guru, Haslina Rifhan Razali yang mengendalikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rawang sepanjang tiga minggu berlatih menari sebagai persediaan menghadapi pertandingan tarian di Karnival Rakyat Karangkraf.

Haslina Rifhan
Haslina Rifhan

“Alhamdulillah, mereka memberi komitmen sepenuhnya sepanjang latihan walaupun banyak kekangan terpaksa mereka hadapi seperti latihan kawad kaki dan peperiksaan.

“Walaupun banyak masalah, pelajar-pelajar ini tetap turun latihan tidak kira masa, waktu cuti pun mereka datang termasuk Sabtu dan Ahad,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi kategori sekolah menengah, johan memenangi hadiah wang tunai RM300 berserta trofi, naib johan disandang SMK Seksyen 7, Shah Alam yang membawa pulang RM200 berserta trofi dan tempat ketiga pula SMK Sijangkang Jaya dengan RM100 bersama trofi.

Antara kumpulan kategori sekolah menengah yang menyertai pertandingan tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
Antara kumpulan kategori sekolah menengah yang menyertai pertandingan tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.

Pertandingan tarian itu dibarisi juri profesional iaitu Jurulatih Seni Budaya Negara (Bidang Tari) dan artis budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Selangor, Zainuddin Abdullah; bekas Koreografer JKKN Selangor, Muhammad Muhaldin Jamin dan Pengarang Eksekutif (Digital), Ruzy Adila Idris.

Artikel Berkaitan:

Haslina Rifhan turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah terutama pihak pentadbiran dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kerana memberi sepenuhnya sokongan kepada anak-anak.

Tambah beliau, sekiranya tiada sokongan daripada mereka, pelajar-pelajar juga kurang bersemangat dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Antara kumpulan kategori sekolah menengah yang menyertai pertandingan tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
Antara kumpulan kategori sekolah menengah yang menyertai pertandingan tarian di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.

“Terima kasih paling besar kepada pengetua dan guru-guru penolong kanan serta PIBG yang banyak membantu kami. Mereka bersusah payah dapatkan bantuan dan memberikan bantuan kepada kami dari awal.

“Guru-guru sekolah pun banyak beri sokongan, setiap masa mereka akan tanya dan mengambil berat terhadap kumpulan tarian ini,” katanya.

Ditanya mengenai gerak geri dalam tarian, Haslina Rifhan memaklumkan ada jurulatih luar yang mengajar pelajarnya menari secara asas dan selebihnya diuruskan sepenuhnya oleh dirinya.

Katanya, kemenangan ini juga sebagai hadiah paling bermakna untuknya yang akan menyambut hari kelahiran pada 29 Julai ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!