Dua maut nahas helikopter di barat daya Jepun

No Image Caption
A
A
A

TOKYO - Dua orang disahkan maut pada Ahad dalam nahas helikopter di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun, lapor Xinhua yang memetik media tempatan.

Jabatan bomba tempatan menerima laporan sekitar pukul 4.15 petang waktu tempatan bahawa sebuah helikopter telah terhempas di sebuah ladang berhampiran sungai di Bandar Yanagawa dan asap keluar berkepul-kepul, lapor penyiar awam NHK.

Terdapat dua orang di dalam helikopter itu dan kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian, menurut jabatan bomba. - Bernama           

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!