MB arah tutup pusat akuatik kerana kotor, tidak terjaga

Onn Hafiz meninjau keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di Larkin, Johor Bahru pada Ahad.
Onn Hafiz meninjau keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di Larkin, Johor Bahru pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor melakukan lawatan mengejut ke Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini pada Ahad.

Lawatan itu susulan 19 pelajar mengalami pelbagai gejala kesihatan selepas terkesan dengan air dalam kolam renang dan kolam terjun di situ.

Datuk Onn Hafiz Ghazi kelihatan terkejut dan berang apabila melihat keadaan kedua-dua kolam itu yang tidak dijaga serta diselenggara dengan baik.

"Kita dapat laporan, daripada 900 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 Selasa lalu, seramai 19 pelajar telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami gejala yang pelbagai.

"Sehubungan itu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengambil sampel air di kedua-dua kolam yang digunakan untuk dihantar ke Jabatan Kimia dan dibuat penilaian bagi melihat sama ada ia memberi kesan langsung kepada pelajar terbabit.

Onn Hafiz meninjau keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di Larkin, Johor Bahru pada Ahad.
Onn Hafiz meninjau keadaan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di Larkin, Johor Bahru pada Ahad.

"Oleh itu, sementara menunggu keputusan laporan kimia sampel air itu diperoleh, pusat akuatik ini akan kita tutup sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat akuatik itu.

Terdahulu 19 pelajar berkenaan yang menerima rawatan di Sultanah Aminah (HSA) di sini mengalami muntah-muntah, demam, kulit gatal dan demam selepas terlibat dengan aktiviti di pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di pusat itu mendapati lantai serta dinding kolam berwarna kuning seakan berkarat dan di platform papan anjal pula kotor dan terdapat bangkai cicak.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz mahu infrastruktur yang berkarat itu perlu dibersihkan dan dibaiki secepat mungkin.

Katanya, pusat akuatik itu hanya akan dibuka semula kepada umum setelah dibaik pulih sepenuhnya kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan pengunjung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!