Kepercayaan rakyat pada UMNO bergantung pada 3M - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

SHAH ALAM - Segala usaha dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO bergantung kepada 3M iaitu mesej, medium dan ‘messenger’ atau penyampai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, mesej yang ingin disampaikan parti haruslah berkait dengan isu atau dasar yang akan memberi impak kepada rakyat, bukan sekadar topik politik dalaman atau agenda peribadi.

Menurutnya, medium yang digunakan juga harus sesuai dengan cara mendekati pelbagai golongan berbeza.

“Facebook, TikTok, media konvensional atau perjumpaan bersemuka, gunalah wadah yang bersesuaian.

“Bagaimanapun, jauh lebih penting adalah elemen ‘messenger’. Sia-sia saja kalau mesej kita betul, medium dipilih tepat tapi penyampainya tiada kredibiliti.

“Di sinilah para pemimpin UMNO memainkan peranan yang penting. Setiap kata-kata mereka dinilai oleh rakyat. Kalau cakapnya kosong, macam mana nak ada kredibiliti? Memang orang tak akan percaya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Tengku Zafrul menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian Penampang, Sabah.
Tengku Zafrul menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian Penampang, Sabah.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri dan UMNO Bahagian Penampang, Sabah.

Artikel Berkaitan:

Tambah Tengku Zafrul, setakat ini barisan menteri UMNO telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Namun katanya, 3M ini tidak terhad kepada menteri sahaja sebaliknya pemimpin semua peringkat hinggalah ahli biasa.

“Semua ahli UMNO bertanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Saya yakin pesanan ini akan dihayati oleh perwakilan UMNO Penampang. Tahniah juga di atas kejayaan melaksanakan mesyuarat perwakilan dengan jayanya,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!