Kebakaran tidak terkawal landa California

Api marak yang dilihat merentasi Lebuhraya 36 berhampiran Paynes Creek di Tehama County.
Api marak yang dilihat merentasi Lebuhraya 36 berhampiran Paynes Creek di Tehama County.
A
A
A

CHICO, California - Kebakaran besar-besaran di luar kawalan yang melanda utara California menjadi bencana terbesar yang pernah berlaku di negeri barat Amerika Syarikat (AS).

Seorang lelaki berhenti di tengah-tengah kebakaran semasa memindahkan isterinya dalam keadaan api marak di Paynes Creek di Tehama County.
Seorang lelaki berhenti di tengah-tengah kebakaran semasa memindahkan isterinya dalam keadaan api marak di Paynes Creek di Tehama County.

Bencana yang dipanggil Park Fire telah membakar hampir 350,000 ekar pada petang Sabtu dan menjadikan ia kebakaran ketujuh terbesar pernah direkodkan dalam sejarah California.

Sebuah pesawat memadam api berhampiran kawasan Paynes Creek di Tehama County.
Sebuah pesawat memadam api berhampiran kawasan Paynes Creek di Tehama County.

Kebakaran itu meyebabkan lebih 4,000 orang terpaksa berpindah keluar dari rumah mereka ketika api sedang marak di kawasan pergunungan yang sebahagian besar di luar bandar berhampiran bandar Chico, terletak kira-kira 145 kilometer dari utara ibu negeri Sacramento.

Gambar satelit menunjukkan asap tebal menyelubungi bandar Chico, California.
Gambar satelit menunjukkan asap tebal menyelubungi bandar Chico, California.

"Keadaan kebakaran semakin ekstrem sehingga mengehadkan tugas anggota bomba," kata agensi kerajaan Cal Fire menerusi ciapan di X.

Tambahnya, buat masa ini, kawalan kebakaran adalah 'sifar peratus' atau tidak terkawal walaupun dibantu lebih 2,500 kakitangan dan puluhan helikopter serta beberapa pesawat.

Artikel Berkaitan:

"Park Fire terus membakar dengan cepat disebabkan rupa muka bumi yang curam dan angin kuat," kata Cal Fire.Namun, agensi itu menyatakan bahawa cuaca sejuk dan kelembapan tinggi dijangka berlaku dalam beberapa hari lagi yang berkemungkinan membantu menyekat api semakin marak.

Kebakaran bermula pada Rabu di Chico, Butte Country dan dalam beberapa jam ia telah memusnahkan kawasan luas di bandar itu dan di Tehama Country yang terletak berdekatan.

Lebih 4,000 penduduk terpaksa dipindahkan ketika api sedang marak membakar bangunan kediaman dan premis kedai di sekitar Paynes Creek.
Lebih 4,000 penduduk terpaksa dipindahkan ketika api sedang marak membakar bangunan kediaman dan premis kedai di sekitar Paynes Creek.

Kemas kini terbaharu menunjukkan sebanyak 134 struktur atau bangunan telah musnah akibat kebakaran itu.

Pada Khamis, polis telah menahan lelaki berusia 42 tahun kerana disyaki memulakan kebakaran dengan menolak kereta terbakar ke dalam gaung yang dipercayai mencetuskan bencana itu.

Seekor lembu berdiri dalam kawasan yang berjaya dipadamkan oleh anggota bomba.
Seekor lembu berdiri dalam kawasan yang berjaya dipadamkan oleh anggota bomba.

Pakar berkata, perubahan iklim dan tindakan manusia telah membawa kepada cuaca global semakin ekstrem atau melampau. - AFP

Beberapa kenderaan hangus terbakar selepas api merebak di bandar Paynes Creek di Tehama County.
Beberapa kenderaan hangus terbakar selepas api merebak di bandar Paynes Creek di Tehama County.

Papan tanda hangus tertera 'Negeri Jefferson' berhampiran komuniti kecil Payne Creek.
Papan tanda hangus tertera 'Negeri Jefferson' berhampiran komuniti kecil Payne Creek.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!