Nims kongsi rezeki RM10,000 sempena Karnival Rakyat Karangkraf

Tengku Norhanim (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang membuat pembelian produk Nims di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
Tengku Norhanim (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung yang membuat pembelian produk Nims di Karnival Rakyat Karangkraf pada Ahad.
A
A
A

NIMS Adeliciousz Sdn Bhd (Nims) menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 kepada pengunjung yang membuat pembelian di reruai Nims sempena Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung pada 26 Julai hingga 28 Julai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, seramai 21 pembeli bertuah memenangi hadiah berkenaan yang diberikan dalam bentuk cabutan bertuah.

Tengku Norhanim
Tengku Norhanim

Menurutnya, syarat penyertaan hanya memerlukan mereka membeli mana-mana produk keluaran Nims dengan harga lebih RM30.

“Ia (cabutan bertuah) terdiri daripada motosikal, televisyen, telefon pintar, peralatan elektrik dan sebagainya.

“Tujuan utama Nims mengadakan acara cabutan bertuah adalah untuk berkongsi rezeki kepada pengunjung yang membuat pembelian khusus di Karnival Rakyat Karangkraf,” katanya ketika ditemui di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Ahad.

Nims mulai dijual dipasaran pada tahun 2019 dan kini menjadi produk yang disukai pelbagai lapisan masyarakat.
Nims mulai dijual dipasaran pada tahun 2019 dan kini menjadi produk yang disukai pelbagai lapisan masyarakat.

Cabutan bertuah berlangsung di pentas utama Karnival Rakyat Karangkraf pada majlis penutup dan disampaikan oleh Tengku Norhanim.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, pemberian itu juga sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat yang telah lama menyokong produk tersebut sejak ia dipasarkan pada tahun 2019

Katanya, sokongan yang tidak pernah putus membuatkan beliau mahu berkongsi lebih banyak kepada peminat-peminat jenama itu.

Sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival, Nims menawarkan potongan harga dan pembelian kombo kepada pengunjung.
Sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival, Nims menawarkan potongan harga dan pembelian kombo kepada pengunjung.

Sempena Karnival Rakyat Karangkraf, Tengku Norhanim memaklumkan, Nims menawarkan pembelian kombo yang berbaloi bagi membolehkan pengunjung-pengunjung membeli dalam kuantiti yang banyak.

“Kita jual tub tub bersaiz besar harga RM10 manakala saiz kecil RM6. Biasanya (harga di luar) kita jual Choco Tub bersaiz besar itu dengan harga RM15 hingga RM16, kecil pula RM6.90

Reruai Nims di Karnival Rakyat Karangkraf mengikuti tema 'nostalgia dahulu' dan turut menawarkan permainan tradisional zaman dahulu.
Reruai Nims di Karnival Rakyat Karangkraf mengikuti tema 'nostalgia dahulu' dan turut menawarkan permainan tradisional zaman dahulu.

“Sekali lagi saya katakan, promosi ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan strategi untuk mendekati lapisan masyarakat bagi mencuba produk Nims,” ujarnya.

Pada masa sama, Tengku Norhanim turut menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Karangkraf kerana memberikan ruang dan peluang untuk Nims menjadi sebahagian daripada penganjur yang menjayakan Karnival Rakyat Karangkraf.

“Alhamdulillah, sepanjang tiga hari berlangsungnya karnival ini, Nims menerima sambutan yang begitu menggalakkan. Tema yang dibawa oleh penganjur amat bertepatan kerana ia membawa nostalgia ‘orang dahulu’.

Antara petugas-petugas Nims yang bersama-sama menjayakan Karnival Rakyat Karangkraf yang bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15.
Antara petugas-petugas Nims yang bersama-sama menjayakan Karnival Rakyat Karangkraf yang bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15.

“Insya-ALLAH pada kesempatan akan datang, Nims mahu bekerjasama lagi dengan Kumpulan Karangkraf kerana pihak kami berpandangan program seperti ini membawa kebaikan kepada masyarakat,” tambahnya.

Karnival Rakyat Karangkraf membawa kelainan dengan mengembalikan nostalgia zaman dahulu menerusi tema tradisional dan kerakyatan membabitkan dua komponen utama iaitu sukan rakyat serta pentas rakyat.

Penganjuran karnival berkenaan adalah bersempena ulang tahun Sinar Harian yang ke-18.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!