Polis trafik parah dirempuh remaja lawan arus

Keadaan di lokasi selepas kejadian.
Keadaan di lokasi selepas kejadian.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang anggota polis trafik dan remaja lelaki parah selepas kedua-dua motosikal ditunggang dipercayai bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) berkenaan sedang bertugas dalam Ops Samseng Jalanan bersama beberapa anggota lain.

"Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan anggota polis lelaki berumur 36 tahun dan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.

Seorang anggota polis trafik dan remaja lelaki parah selepas kedua-dua motosikal ditunggang dipercayai bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, awal pagi Ahad.
Seorang anggota polis trafik dan remaja lelaki parah selepas kedua-dua motosikal ditunggang dipercayai bertembung di Kilometer (KM) 36 (S), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, awal pagi Ahad.

"Remaja terbabit telah bertindak menunggang motosikal secara melawan arus dan menyebabkan motosikalnya merempuh bahagian hadapan motosikal yang ditunggang anggota berkenaan," katanya.

Ujarnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kaki dan kepala telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk menerima rawatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 atau Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222.

Artikel Berkaitan:

Keadaan motosikal salah seorang mangsa sebaik kejadian.
Keadaan motosikal salah seorang mangsa sebaik kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 disebabkan penunggang di bawah umur.

"Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih prihatin berkaitan aktiviti anak mereka terutama pada lewat malam yang berkemungkinan terpengaruh dengan gejala tidak sihat seperti lumba haram," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!