Kilang kitar semula musnah terbakar

Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula musnah dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.
Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula musnah dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula di Lengkok Perindustrian Bukit Minyak 2, Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.

Dua buah lori dan sebuah van turut musnah dalam kejadian tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Fauzi Suid@Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 pagi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, seramai 25 anggota dan pegawai dari BBP Bandar Perda, BBP Perai, BBP Sungai Bakap dan BBP Kepala Batas telah dikejarkan ke lokasi untuk kerja pemadaman api.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses barangan pelupusan bahan kimia dan barangan kitar semula dengan anggaran keluasan 100 x 200 kaki persegi.

"Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran sebanyak 60 peratus. Kebakaran juga turut melibatkan dua buah lori (peratusan kemusnahan 10 peratus) dan 1 buah van dengan kemusnahan 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bomba menggunakan teknik pemadaman 'offensive' dan 'defendsive' dengan penggunaan 'foam' di beberapa kawasan.

"Kebakaran telah dapat dipadamkan dan menjalankan kerja-kerja 'overhaul'. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat dan lokasi diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, bomba turut mendapat bantuan daripada agensi lain antaranya polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pasukan bomba sukarela.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!