Jurang masyarakat rentas kaum bersama Pas makin mengecil

Andansura (kiri) dan Mohamad Ayub (dua dari kiri) bersama rombongan siri jelajah PTP disambut baik ketika kunjungan ke sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub baru-baru ini.
Andansura (kiri) dan Mohamad Ayub (dua dari kiri) bersama rombongan siri jelajah PTP disambut baik ketika kunjungan ke sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub baru-baru ini.
A
A
A

KUANTAN - Sambutan baik masyarakat Cina pada Program Jelajah Pas Teraju Pahang (PTP) siri keempat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong, Raub membuktikan jurang masyarakat rentas kaum di negeri ini bersama Pas semakin mengecil.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, program jelajah itu diadakan bersama masyarakat Cina di sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, baru-baru ini.

Menurutnya, pada program itu, pimpinan Pas Pahang diketuai Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu dan ADUN Sungai Lembing, Mohamad Ayub Mat Ashri disambut dan diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Andansura (tengah) dan Mohamad Ayub mendapat sambutan baik pada siri jelajah PTP di sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub baru-baru ini.
Andansura (tengah) dan Mohamad Ayub mendapat sambutan baik pada siri jelajah PTP di sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub baru-baru ini.

"Ini jelas menunjukkan jurang masyarakat rentas kaum terutama masyarakat Cina bersama Pas semakin mengecil.

"Selain itu, ia juga membuktikan slogan 'Pas Untuk Semua' semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat rentas kaum di negeri ini," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Ahmad Azlan berkata, berdasarkan perkembangan positif yang ditunjukkan pada Program Jelajah PTP di Dong itu, beliau yakin misi Pas Teraju Pahang berada di landasan yang betul dan tepat.

"Ia jelas membuktikan Pas bukan sahaja memberi khidmat kepada masyarakat Melayu Islam sebaliknya masyarakat rentas kaum seperti Cina dan kaum-kaum lain tidak diketepikan.

Artikel Berkaitan:

"Perkara ini terbukti berdasarkan bagaimana kerajaan diterajui Pas dan Perikatan Nasional (PN) menguruskan masyarakat rentas kaum di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis," ujarnya.

Andansura (kiri) dan Mohamad Ayub (dua dari kiri) mencuba aktiviti disediakan pada siri jelajah PTP di sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub.
Andansura (kiri) dan Mohamad Ayub (dua dari kiri) mencuba aktiviti disediakan pada siri jelajah PTP di sebuah rumah ibadat di Sungai Klau, Dong, Raub.

Justeru katanya, dengan tekad dan usaha yang berterusan selain penerimaan positif masyarakat negeri Pahang terhadap Pas dan PN, misi Pas Teraju Pahang dijangka dapat direalisasikan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.

"Isyarat ini jelas dan memberi satu semangat serta kekuatan kepada Pas dan PN di negeri ini untuk terus berkhidmat dan bekerja keras bagi berjaya misi menerajui negeri ini pada PRU16 nanti," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!