Pahang sasar 420 kelas Tabika Pra Tahfiz dibuka

Syed Ibrahim (dua dari kiri) melancarkan satu modul baharu diperkenalkan kepada Tabika Kemas Pahang.
Syed Ibrahim (dua dari kiri) melancarkan satu modul baharu diperkenalkan kepada Tabika Kemas Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Pahang menyasarkan sebanyak 420 kelas tabika di bawah Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dibuka pada tahun ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sasaran itu dibuat sebagai usaha awal melahirkan lebih ramai hufaz cilik di negeri ini.

"Kita sasar 420 lagi kelas Tabika Pra Tahfiz dengan melibatkan 6,300 kanak-kanak yang mengikuti kelas itu.

"Malah, kita juga mengharapkan pencapaian 60 peratus kanak-kanak yang belajar di pra tahfiz ini dapat menguasai sekurang-kurangnya 20 suruh pilihan termasuk Juz Amma," katanya pada Isnin.

Sebelum itu, Syed Ibrahim melancarkan satu modul baharu diperkenalkan kepada Tabika Kemas Pahang yang melibatkan seramai 420 guru dari 14 Parlimen di Pahang.

Beliau memberitahu, guru Tabika Kemas Pahang akan dibekalkan dengan modul Tahfiz yang diguna pakai oleh Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Jelasnya, mereka dilatih dan diberi pendedahan sebaik-baiknya bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Ini satu lagi peluang anak cilik tahfiz di Pahang dalam memperkasa ilmu keagamaan dan hafazan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Metode diperkenalkan secara 'fun learning' lebih memudahkan anak-anak untuk menghafal dan menjiwai isi kandungan firman. Ini juga bakal menghasilkan cilik hufaz," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!