Polis tahan lelaki, dua pembantu rumah, rampas pelbagai jenis dadah

Buku lima berbentuk pisau dan sepucuk pistol tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat pada petang Sabtu.
Buku lima berbentuk pisau dan sepucuk pistol tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat pada petang Sabtu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang lelaki dan dua wanita yang merupakan pembantu rumahnya ditahan bersama beberapa jenis dadah di sebuah rumah di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada jam 5 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, lelaki berusia 44 tahun itu merupakan warga tempatan manakala dua wanita berusia lingkungan 20-an tersebut adalah warga Indonesia.

Menurutnya, hasil daripada serbuan tersebut, kita menemui pelbagai jenis dadah iaitu eramin 5, ketamin, ekstasi, methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) serta barangan disyaki peralatan menghisap dadah.

"Kita turut merampas sepucuk pistol tiruan berserta satu botol plastik mengandungi bebola plastik dan satu buku lima berbentuk pisau," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hamzah menambah, lelaki tersebut mempunyai enam rekod jenayah melibatkan dua kesalahan jenayah dan empat kesalahan dadah.

"Hasil saringan air kencingnya juga positif dadah. Sementara dua pembantu rumahnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka juga bebas daripada sebarang dadah.

"Kedua-dua wanita itu juga memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 28 Julai hingga 3 Ogos untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 39 (B) ADB 1952.

"Suspek lelaki itu juga disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) (a) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berjadual 1958," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!