Che'gu Bard direman dua hari

Sinar Harian melaporkan, Che'gu Bard hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan mengenai dakwaan isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi TLDM.
Sinar Harian melaporkan, Che'gu Bard hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan mengenai dakwaan isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi TLDM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Che'gu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengenai isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, tempoh reman itu bermula pada Isnin hingga Selasa.

"Setakat ini kita menerima satu laporan polis, ia proses biasa untuk membantu siasatan jika ada laporan. Kita membuat tangkapan jika ada keperluan.

"Jika siasatan selesai, mungkin kita tidak akan sambung reman, namun ia bergantung pada proses siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, pada Isnin.

Pada Isnin, peguam, Rafique Rashid yang mewakili Che'gu Bard dilaporkan berkata, pihak polis membuat permohonan reman selama empat hari, namun mahkamah membenar perintah tahanan sehingga Selasa.

Katanya, anak guamnya ditahan reman bagi membantu tiga siasatan di bawah Seksyen 203(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memberi maklumat palsu menggunakan rangkaian telekomunikasi.

Pada Ahad, media melaporkan, Che'gu Bard hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan mengenai dakwaan isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi TLDM.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!