Rusia puji pendirian Malaysia tidak berpihak isu Ukraine - Lavrov
MOSCOW - Rusia memuji pendirian Malaysia yang tidak berpihak terhadap konflik Ukraine, kata Menteri Luar Sergey Lavrov pada Ahad.
"Kami bercakap tentang Ukraine. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan Malaysia mengenai kedudukan dan objektif mereka, hasil daripada pemahaman punca krisis ini yang telah berkembang akibat tindakan Barat untuk menarik Ukraine ke dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan mengubahnya," kata Lavrov pada sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.
Lavrov juga berkata, beliau menjemput rakan sejawatannya, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk melakukan lawatan ke Rusia dan menjangkakan untuk meneruskan perbincangan pada masa hadapan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!