Dua maut dalam nahas empat kenderaan

Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort-Menumbok, pada Ahad.
Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort-Menumbok, pada Ahad.
A
A
A

BEAUFORT - Dua maut manakala lima lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 41, Jalan Beaufort-Menumbok, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.27 petang itu, mangsa yang maut ialah wanita warga emas berusia 73 tahun yang merupakan penumpang sebuah kereta dan penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Ismail Abdullah berkata, kemalangan melibatkan dua motosikal, sebuah kereta jenis Honda City dan lori berhampiran kawasan persimpangan Jalan Kilugus Tangulian.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku semasa lori dan sebuah kereta bersama tiga penumpang dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Menumbok manakala dua motosikal dan seorang pembonceng dari arah Menumbok menuju ke Beaufort.

"Ketika tiba di persimpangan Jalan Kilugus Tangulian, lori tersebut tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan cuba masuk ke simpang di sebelah kanan jalan manakala kereta yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang kanan lori tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Keadaan kenderaan terbalik selepas terlanggar belakang lori.
Keadaan kenderaan terbalik selepas terlanggar belakang lori.

Katanya lagi, akibat kejadian itu kereta tersebut terbalik dan melanggar dua motosikal yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tujuh mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Kuala Penyu untuk menerima rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Dua daripadanya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Penyu," katanya.

Ismail berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!