[VIDEO] Pembinaan LPB di Sabah hampir jadi 'projek sakit'

A
A
A

PENAMPANG - Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi Fasa 1A yang dilaksanakan di Sabah hampir menjadi projek sakit apabila jangkaan masa untuk projek itu disiapkan telah melangkaui dari masa yang sepatutnya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sepatutnya Fasa 1A sudah siap tetapi ada banyak masalah yang dihadapi.

Alexander (tengah) diiringi Shahelmey (kiri) ketika melawat salah satu pakej pembinaan PLB di Penampang.
Alexander (tengah) diiringi Shahelmey (kiri) ketika melawat salah satu pakej pembinaan PLB di Penampang.

"Pelbagai sebab, kita akui saya nampak ada sedikit sebanyak masalah kordinasi antara syarikat atau kontraktor dan agensi kerajaan dan konsultan.

"Masing-masing ada kelemahan dan saya sudah arahkan ini dan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya (menteri bertanggungjawab) supaya kita tanggani dan mesyuarat kordinasi kerap diadakan.

"Selain itu, kontraktor ada juga masalah, kadang-kadang dari segi kewangan. Mereka tuduh tuntutan lambat diprises tetapi nampaknya ia tidak dapat diproses dengan segera kerana dokuman tak lengkap, jadi menyalahkan satu sama lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan projek LPB Sabah Fasa 1A dan kerja mitigasi banjir di sini pada Isnin.

Ditanya bila jangkaan masa untuk Fasa 1A boleh disiapkan, Alexander mengharapkan selewat-lewatnya projek bagi fasa itu akan berakhir pada 2026.

Artikel Berkaitan:

"Saya dinasihatkan dalam Dewan (Parlimen) oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya kita memilih syarikat kontraktor pembinaan yang yang betul-betul berkelayakan supaya kita tidak ulangi masalah di peringkat kontraktor atau berkaitan dengan kordinasi antara kontraktor JKR dan kementerian," katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan perkembangan semasa pembinaan LPB di Sabah ketika ini untuk Fasa 1A adalah sebanyak 77.41 peratus telah siap.

Sebelum itu, Mohd Shafie turut serta dalam lawatan itu selepas membangkitkan isu LPB di dalam Parlimen baru-baru ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!