Nuzulan pangku jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Noor Dellhan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepad Nuzulan (kanan) pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.
Noor Dellhan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepad Nuzulan (kanan) pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Superintenden Nuzulan Mohd Din memangku tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi memangku jawatan itu menggantikan Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya yang dilantik Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Risikan/Operasi/Rekod) D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin, disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata, Noor Dellhan sentiasa komited dan berusaha memberi yang terbaik sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi sejak 6 Ogos 2021.

"Terima kasih Noor Dellhan kerana memberi khidmat bakti di IPD Dang Wangi.

"Bagi Nuzulan, saya yakin beliau mampu untuk memangku jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!