Rogol kenalan ADUN: Ahli perniagaan dijel 13 tahun, dua sebatan

Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Mei lalu, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada ADUN Gombak Setia, pada ulang tahun kelahirannya, empat tahun lalu. Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Mei lalu, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada ADUN Gombak Setia, pada ulang tahun kelahirannya, empat tahun lalu. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Mei lalu, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, pada ulang tahun kelahirannya, empat tahun lalu.

Hakim, Nor Hasniah Abdul Razak menjatuhi Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, hukuman itu selepas mendapati pasukan pendakwaan berjaya membuktikan prima facie sementara pihak tertuduh gagal menimbulkan keraguan pada akhir kes pembelaan.

Menerusi keputusan penghakiman yang dimuat naik dalam sistem kehakiman pada Khamis lalu, Norhasniah berkata, mahkamah memutuskan pembelaan tertuduh adalah tidak bermerit.

"Mahkamah ini berpendapat, pembelaan gagal mengemukakan penjelasan untuk menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan, yang jelas menyatakan mangsa telah mabuk pada malam kejadian.

"Semasa pemeriksaan balas, tertuduh juga mengakui bahawa mangsa tidak pernah mengatakan ingin bersetubuh dengannya," kata hakim itu.

Beliau berkata, tindakan mangsa yang mengajak tertuduh menemaninya pada malam kejadian, tidak boleh secara automatik dikatakan bahawa wanita itu merelakan untuk melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Susulan itu katanya, mahkamah mendapati, keterangan pembelaan tertuduh bahawa dia tidak merogol mangsa adalah satu penafian semata-mata.

Katanya, mahkamah berpendapat, kesalahan yang dilakukan ialah serius dan keji kerana Mohd Zulfahimin mengambil kesempatan merogol, ketika mangsa mabuk.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, hukuman terhadap lelaki itu hendaklah memberi amaran tegas kepada masyarakat supaya kesalahan sebegini tidak berleluasa.

Hakim ini berkata, mahkamah juga berpandangan bahawa kepentingan awam menuntut mahkamah mengenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran.

Mengikut kes pendakwaan, mangsa memberitahu telah dijemput oleh ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham untuk sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran di hotel berkenaan bersama tertuduh dan beberapa lagi rakan lain.

Selepas makan malam di restoran itu, mereka beredar ke karaoke, namun melihat keadaan mangsa yang mabuk, tertuduh mencadangkan bilik hotel ditempah untuk menempatkan wanita berkenaan.

Setelah terjaga pada jam 4.30 pagi, 5 Disember 2020, mangsa menyedari berada dalam keadaan bogel lalu dia membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Mengikut pertuduhan pindaan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol seorang wanita berusia 35 tahun, di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas di sini, pada jam 1 hingga 3 pagi, 5 Disember 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!